Kunjungan Hormat Pengarah LPPKN Perak Ke Atas YB SUK Perak.
Kedua-dua belah pihak saling bertukar cenderamata
IPOH, 12 Mac 2025 – YBrs. Encik Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Kunjungan hormat yang berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak itu adalah sebagai sesi suai kenal YBrs. Encik Chai Cheng Ho @ Dennis Chai kepada Kerajaan Negeri Perak.
Beliau yang sebelum ini bertugas di LPPKN Kedah telah mula menjalankan tugas di Perak pada 17 Februari 2025.
Pertemuan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.