Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Penghulu Negeri Perak.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menyampaikan ucapan di majlis berkenaan

IPOH, 12 Mac 2025- YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghulu Negeri Perak di Sutera Hall, Pekan Razaki, di sini.

Majlis berbuka puasa tersebut merupakan anjuran Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Negeri Perak dan dianggarkan lebih 100 orang penghulu mewakili 12 daerah di Perak telah menghadiri majlis berkenaan.

Menurut YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dalam ucapannya, peranan penghulu amat penting dalam mengetahui perkembangan pembangunan dan keperluan sesebuah mukim dan kampung.

“Menjadi salah satu matlamat di negeri Perak untuk menjadi negeri yang sifar kemiskinan. Oleh itu, penghulu memainkan peranan besar di sesebuah mukim untuk menangani isu kemiskinan.

“Bukan itu sahaja, penghulu juga memainkan peranan penting untuk membawa gagasan pelan Perak Sejahtera 2030 yang menjadi pemangkin negeri Perak. Pelan Perak Sejahtera 2030 tidak hanya tertumpu di kawasan bandar atau daerah Kinta sahaja, setiap mukim dan daerah turut terlibat dan menjadi tanggungjawab setiap penghulu untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk mencapai matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030,” ujarnya.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan); YBrs. Puan Hajah Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); Encik Mohd Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM); Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta; YBrs. Dr. Mohd. Sani bin Kamaruddin, Penghulu Besar Mukim Ulu Kinta, merangkap Pengerusi Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.