Lawatan YAB PM Ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting.

YAB Perdana Menteri ketika beramah mesra bersama penjual di Bazar Ramadan Rahmah Kamunting.
TAIPING, 14 Mac 2025 - YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sempat meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.
Ketibaan beliau pada jam 6.00 petang itu diiringi oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan serta YBhg. Dato' Kamalludin bin Ismail, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak.
Dalam sesi lawatan itu, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau suasana meriah Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, sambil beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.
Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, yang merupakan bazar terbesar di Taiping, dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan menjadi tumpuan utama penduduk sekitar untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa.
Sumber : Korporat, SUK Perak.