Skip to main content

YAB PM Tinjau Pelaksanaan Program Sejati MADANI Selinsing.

YAB Menteri Besar Perak ketika melakukan gimik pelancaran Roadmap Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030

BAGAN SERAI, 14 Mac 2025 – YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, melakukan tinjauan ke lokasi Program Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI) di Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing, di sini.

Dalam sesi tinjauan itu, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, yang diiringi oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, diberikan taklimat mengenai pelaksanaan projek yang dimulakan pada September tahun lalu serta impaknya kepada masyarakat setempat.

Melalui program ini, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tebuk Haji Dollah telah memperkenalkan teknologi dron sebagai inovasi dalam proses meracun dan membaja sawah padi, sekali gus meningkatkan kecekapan serta produktiviti para petani.

Komitmen komuniti Kampung Tebuk Haji Dollah dalam mengadaptasi teknologi ini membuktikan bahawa inovasi bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan dalam memastikan sektor pertanian kekal berdaya saing dan berkembang maju.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.