DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berbuka Puasa Bersama Media, NGO, Korporat, SWASTA, GLC Dan Belia.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat.
KUALA KANGSAR, 15 Mac 2025 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Belia di Istana Iskandariah di sini, malam tadi.
Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, dan isteri, Datin Seri Aezer binti Zubin; YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah; YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.
Turut hadir, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Terdahulu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat dengan jumlah RM3,250,676.
Penyerahan dimulakan oleh Boustead Plantation Sdn. Bhd., diwakili YBrs. Encik Nina Wirasatria bin Md Husni, Ketua Pegawai Kewangan, dengan jumlah RM250,676, diikuti pembayaran zakat pendapatan individu oleh YBhg. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal sebanyak RM2.4 juta.
Seterusnya, zakat diserahkan oleh Empayar Indera Sdn. Bhd., yang diwakili YBhg. Datuk Hasrin bin Abdul Rahman, Pengurus Besar; Perbadanan Aset Keretapi, diwakili YBhg. Dato' Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif; serta Public Islamic Bank Berhad, diwakili Encik Syamsul Azuan bin Ahmad Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif, masing-masing menunaikan zakat berjumlah RM200,000.
Usai majlis tersebut, baginda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu serta berkenan berangkat ke majlis santapan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.