Skip to main content

Makan Malam Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Perak Bersama YBhg. KPPA.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika menyambut ketibaan YBhg. KPPA pada Majlis Makan Malam Bersama Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Perak.

IPOH, 23 April 2025  – Makan malam pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perak bersama YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), telah diadakan dalam suasana mesra dan penuh keakraban di Restoran Pakeeza, di sini.

Sesi ini diadakan sempena lawatan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz ke negeri Perak sebagai inisiatif dalam memperkukuhkan kolaborasi strategik antara perkhidmatan awam negeri dan persekutuan.

Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBrs. Dr Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan); YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Sesi santai ini turut menjadi platform interaksi tidak formal antara kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam, sekali gus membuka ruang perkongsian idea, pengalaman dan pandangan terhadap hala tuju pentadbiran serta cabaran semasa, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan dasar Kerajaan Persekutuan.

Ia turut menjadi simbol penghargaan kepada peranan penting pegawai-pegawai kerajaan dalam menjayakan dasar dan agenda pembangunan negeri, di samping menjadi platform yang mampu memupuk semangat kerja berpasukan, keterbukaan dan kesepaduan antara semua pihak yang terlibat dalam perkhidmatan awam.

Diharapkan, inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi mempereratkan hubungan negeri dan persekutuan demi tadbir urus yang cekap, berintegriti dan responsif terhadap keperluan rakyat.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 30 Mei 2025, 05:40:16.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.