INTRADE Manifestasi Kerajaan Rapatkan Hubungan Dengan Komuniti Luar Bandar.
YAB Timbalan Perdana Menteri sempat swafoto bersama para Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
BAGAN DATUK, 26 April 2025 - YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah merasmikan program Submodul Inisiatif Transformasi Desa (INTRADE), di Politeknik Bagan Datuk, di sini.
Inisiatif di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) merupakan manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan rakyat melalui pembangunan luar bandar.
Program INTRADE yang berlangsung dari 21 hingga 30 April 2025 di Daerah Bagan Datuk melibatkan kerjasama erat antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bagan Datuk.
Seramai 119 orang Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah menyertai program itu dengan ditempatkan bersama keluarga angkat tempatan, yang mengamalkan nilai empati dalam setiap interaksi bersama komuniti setempat.
Berlandaskan nilai kesejahteraan, inisiatif tersebut menekankan keseimbangan pembangunan fizikal dan sosial.
Selain itu, program INTRADE turut menjadi platform penting dalam membentuk penjawat awam muda yang bukan sahaja berpengetahuan, malah berjiwa rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai-nilai murni dalam setiap aspek pembangunan negara.
Hadir sama pada majlis tersebut, YBrs. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan); YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah INTAN; YBhg. Datuk Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBrs. Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Pegawai Daerah Bagan Datuk.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.