Sesi Libat Urus Berkaitan Isu-Isu Dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menyambut ketibaan YBhg. Dato' Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi di anjung utama Bangunan Perak Darul Ridzuan.
IPOH, 5 Mei 2025 - YBhg. Dato' Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama mempengerusikan Sesi Libat Urus Berkaitan Isu-Isu Dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard).
Dianggarkan seramai 72 orang terlibat dalam sesi tersebut yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu audit merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi negeri Perak.
Hadir sama, YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; Encik Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan); Puan Hajah Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) serta ketua jabatan dan agensi yang terlibat.
Manakala, delegasi dari Jabatan Audit Negara terdiri daripada YBhg. Datuk Nor Salwani binti Haji Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Puan Selwah binti Hj. Said, Pengarah Audit Negeri Perak dan Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit.
Sumber : Korporat, SUK Perak.