Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Ke Atas YB SUK Perak.
YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim menandatangani buku pelawat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
IPOH, 9 Jun 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Basri bin Abdul Manaf, Pengarah Perhutanan Negeri Perak; Puan Rashidah binti Sharif, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); Puan Hamidah binti Muhamad, Pegawai Sumber Manusia, BKP JPSM serta Puan Izaidah binti Talib, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan pihak pentadbiran negeri Perak, khususnya dalam memperkukuh tadbir urus sektor perhutanan di negeri ini.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuklah hala tuju strategik pengurusan hutan negeri, pemerkasaan sumber manusia dalam sektor perhutanan serta peranan negeri dalam menyokong agenda kelestarian dan pembangunan hijau.
Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited dalam menyokong usaha berterusan ke arah pengurusan hutan yang lebih mampan dan lestari demi manfaat generasi akan datang.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.