Skip to main content

Kunjungan Hormat SMK Clifford Kuala Kangsar Ke Atas YB SUK Perak.

Sebaik tiba, Encik Roslee bin Abdul Wahab menandatangani buku tetamu sebagai simbolik kehadiran beliau

IPOH, 15 Ogos 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Roslee bin Abdul Wahab, Pengetua SMK Clifford Kuala Kangsar (SMKCKK) di Bilik Mesyuarat Korporat, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, Encik Ahmad Hisham bin Mohd Hadri, Penolong Kanan Pentadbiran SMKCKK dan Encik Mohd Kamaruzaman bin Mat, Guru Kanan Kemanusiaan, SMKCKK.

Sesi ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan SMKCKK, khususnya dalam memperkasa pembangunan pendidikan, aktiviti kokurikulum serta inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada pelajar dan komuniti sekolah.

Ia menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Perak dan SMKCKK dalam membangunkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran, berakhlak mulia serta memiliki nilai kepimpinan, selaras dengan aspirasi negeri untuk melahirkan modal insan berkualiti demi kemajuan masa hadapan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.