Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Sempena Bulan Kemerdekaan 2025.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis berkenaan.

IPOH, 16 Ogos 2025- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Bulan Kemerdekaan 2025 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak serta barisan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Ahli Dewan Negara Negeri Perak; YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan dan Encik Safuan bin Haji Raba’ai, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Encik Safuan bin Haji Raba’ai dalam sembah ucapannya berkata, bermula tahun 2015, program ini telah mula diperkenalkan dengan hanya dua pertandingan sahaja iaitu, Pertandingan Menulis Esei dan Pertandingan Pidato.

“Dari tahun ke tahun, bilangan acara yang dipertandingkan semakin bertambah. Sehinggalah pada tahun 2025 di mana, jumlah penyertaan seramai 181, 223 orang murid telah terlibat secara langsung di peringkat sekolah, daerah dan juga negeri dalam 19 acara yang dipertandingkan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, penyertaan yang semakin meningkat ini membuktikan semangat, kesungguhan, komitmen dan dedikasi warga negeri Perak dalam menzahirkan idea yang memberi impak nyata, seterusnya melakar kejayaan cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa.

Di majlis berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Sekolah Rendah.

Johan ialah Nawal Ahnaf binti Yuzaidi, Sekolah Kebangsaan Proton City, Muallim manakala bagi naib johan pula ialah Akma Dalilah binti Zulhaidi Alifitri, Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang, Kinta Utara. Tempat ketiga dimenangi oleh Auni Safiyya binti Nor Hisham, Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan, Perak Tengah.

Seterusnya, baginda berkenan menyampaikan anugerah bagi pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kategori Sekolah Rendah. Johan ialah Muhammad Ikram Rizky bin Ikram, Sekolah Kebangsaan Belanja, Perak Tengah manakala naib johan ialah Isha Mithraa A/P Ramadass, Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar. Tempat ketiga dimenangi oleh Nur Elmeera Afrina binti Sheikh Kamaruzzaman, Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban, Hilir Perak.

Setelah itu, baginda menyampaikan anugerah kepada pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Menengah Rendah. Johan ialah Nurul Alya Fatini binti Ahmad Rozi, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Hilir Perak manakala naib johan ialah Nurul Aimy Zhafirah binti Mohamad Kamil dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Kerian. Tempat ketiga ialah Nur Aina Ama'nina binti Nurul Hadi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Muallim.

Kemudiannya, diteruskan lagi dengan penyampaian bagi Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kategori Sekolah Menengah Rendah. Johan ialah Shivannii, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Bernam, Bagan Datuk. Naib johan pula ialah Bryden Kang Lopez, Sekolah Menengah Kebangsaan Krian, Kerian manakala tempat ketiga ialah Lim Jet Kai, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Kinta Utara.

Seterusnya ialah penyampaian bagi Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Sekolah Menengah Atas. Johan ialah Ifwat Arrafi bin Mohd Amin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abd Razak, Bagan Datuk. Naib johan ialah Nurul Asyikin binti Mohamad Kamil dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Kerian manakala tempat ketiga ialah Nur Alifah Ilyana binti Mohd Fadhilah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Perak Tengah.

Bagi kategori sekolah menengah atas pula, johan ialah Sandra Ann A/P Anthony, Sekolah Menengah Kebangsaan St Bernadette's Convent, Kinta Selatan manakala naib johan ialah Neya Malar Guru A/P Khumara Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (Acs) Parit Buntar, Kerian. Tempat ketiga ialah Moneissha A/P Deva Rajoo, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Dindings, Manjung.

DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan turut berkenan menyampaikan anugerah kategori pertandingan menulis esei, mengarang sajak, melukis poster dan melukis karikatur, bagi kategori sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Baginda berdua kemudian berkenan melawat ke pameran lukisan dan karikatur sebelum meninggalkan majlis pada jam 10.30 malam.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.