Skip to main content

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Ke Atas YB SUK Perak.

Puan Azura binti Abidin menandatangani buku pelawat.

IPOH, 18 Ogos 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di Bilik Mesyuarat Korporat, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah Encik Abd. Aziz bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) JBSN; Encik Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN; Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, Timbalan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN; Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Ketua Penolong Pengarah (Belia), JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), JBS Perak; Ahmad Shauki bin Saad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, JBSN; Encik Khuzainal bin Abdul Ghani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, JBS Perak serta Puan Rosmawati binti Abd Rafor, Pegawai Khas Ketua Pengarah, JBSN.

Hadir sama dalam sesi perbincangan ini ialah YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) dan Puan Nurul Jaswa binti Abd Hamid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Perak dan JBSN, sekali gus memastikan golongan belia di negeri ini tidak ketinggalan dalam setiap perancangan yang digariskan oleh Kerajaan Persekutuan. Usaha ini penting bagi melahirkan golongan belia yang cergas, berdaya tahan serta mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan negeri dan negara.

Selain itu, kerjasama erat ini diharap dapat memperluas peluang penglibatan belia dalam pelbagai program pembangunan dan sukan, membina semangat kesukarelawan serta mengukuhkan jati diri belia sebagai tonggak utama kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri Perak.

Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited bekerjasama erat dengan JBSN dalam memperkasa belia dan memajukan bidang sukan, di samping memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.