Skip to main content

Kursus MPGIA Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkasa Inisiatif Antirasuah Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Peserta kursus bergambar bersama.

IPOH, 21 Ogos 2025 – Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Khas Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang diselaraskan oleh Unit Integriti, PSUK Negeri Perak di AC Hotel by Mariott, di sini.

Seramai 12 orang peserta terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak telah menyertai kursus ini.

Hadir sama, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YABhg. SS Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak; YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta Puan Nurul Faiz binti Khairol Azmi, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Unit Integriti, PSUK Perak.

Melalui kursus ini, Kerajaan Negeri Perak memperteguh komitmen memperkukuh tadbir urus, integriti dan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam. Peserta kursus diberi pendedahan dan interaksi mengenai dasar berkaitan pembudayaan integriti, bentuk kesalahan lazim dalam perolehan kerajaan, pengurusan risiko rasuah (CRM) dan pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 (NACS).

Kursus ini telah menampilkan dua orang penceramah jemputan iaitu YBhg. Dato’ Ahmad Sabri bin Mohamed, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak dan PKPj Mohd Syahrul Ridzuan bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.