Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak Ke Atas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar

IPOH, 26 November 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar yang mula berkuat kuasa sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 10 November 2025, hadir bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dan penyelarasan antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan pentadbiran Kerajaan Negeri, khususnya dalam memperkukuh agenda pembangunan pendidikan dan inisiatif strategik negeri.

Pertemuan tersebut turut membuka ruang pertukaran pandangan mengenai usaha memperkasa pembangunan pendidikan, termasuk potensi kerjasama bersama Kerajaan Negeri Perak dalam pelaksanaan program komuniti, generasi muda dan pembangunan modal insan.

Turut hadir, Encik Mohd Hafiz bin Noorpiah, Ketua Penolong Pengarah Unit Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Kerjasama strategik antara kedua-dua pihak diharap dapat memacu pembangunan pendidikan yang lebih holistik, inklusif dan berimpak tinggi, sekali gus menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 ke arah menjadikan negeri Perak lebih makmur, progresif dan berdaya tahan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 16 Januari 2026, 06:45:36.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.