Skip to main content

Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada Ke Atas YAB Menteri Besar Perak.

Hadir sama, Encik Kumaresan A/L Lingam

IPOH, 27 November 2025 – YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, hari ini menerima kunjungan hormat daripada PYT Jodi Robinson, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, dalam satu pertemuan rasmi di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara negeri Perak dan Kanada, selain membincangkan potensi kerjasama dalam bidang strategik yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan negeri.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu semasa dan global, di samping meneroka peluang kerjasama dalam bidang pelaburan, teknologi hijau, pembangunan bandar pintar serta perkongsian kepakaran dalam sektor inovasi dan teknologi maju.

Kanada merupakan antara negara berteknologi tinggi dan memiliki ekosistem pembangunan inovasi terbaik di dunia.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad turut menyentuh potensi perluasan hubungan perdagangan yang diyakini mampu memperkukuh jaringan ekonomi antara Perak dan Kanada, seterusnya membuka lebih banyak ruang pelaburan dan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Kerajaan Negeri Perak optimis bahawa usaha memperluas hubungan diplomatik dan ekonomi antarabangsa ini adalah selari dengan aspirasi pembangunan negeri ke arah Perak Sejahtera 2030.

Turut hadir, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Encik Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak; YBhg. Dato’ Fariz bin Mohamad Hanip, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak serta Encik Kumaresan A/L Lingam, Timbalan Pengarah Sektoral 1 Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 16 Januari 2026, 06:45:36.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.