Kunjungan Hormat Persatuan Veteran ATM Ke Atas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Encik Mazlan bin Umar menandatangani buku pelawat diiringi oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
IPOH, 5 Januari 2026 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Kunjungan itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta membincangkan perkara berkaitan kebajikan, kesejahteraan dan peranan veteran ATM dalam pembangunan sosial serta kemasyarakatan di negeri Perak.
Dalam pertemuan tersebut, Kerajaan Negeri Perak turut merakamkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan para veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara, selain memperlihatkan sokongan Kerajaan Negeri Perak terhadap usaha menjaga kebajikan dan kepentingan golongan veteran.
Persatuan Veteran ATM pula menzahirkan penghargaan atas kesediaan Kerajaan Negeri Perak menerima kunjungan berkenaan serta berharap kerjasama strategik dapat diperkukuh demi manfaat bersama, khususnya dalam memperkasa peranan veteran sebagai aset penting kepada masyarakat dan negara.
Hadir sama, Encik Mazlan bin Umar, Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM; Lt. Kol Haji Robia’ai bin Haji Muhammad (B), Timbalan Yang Dipertua; Haji Damanhuri bin Haji Mahmud, Naib Yang Dipertua I; Haji Zon bin Huri, Naib Yang Dipertua II serta Mejar Hilmy bin Hamid (B), Setiausaha.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.