Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Tunai Solat Sunat Aidilfitri : 21 Mac 2026.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 21 Mac 2026 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, di sini.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Berangkat sama, YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah

Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Dato' Seri Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ahli-Ahli Dewan Negara Negeri Perak; Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Usai Solat Sunat Aidilfitri, baginda bersama lebih 1,000 jemaah diperdengarkan khutbah bertajuk "Aidilfitri: Hari Kemenangan dan Kesatuan Ummah", yang mengajak umat Islam kembali kepada ikatan persaudaraan dan membuang dendam antara satu sama lain.

Sejurus itu, baginda menziarahi pusara almarhum ayahanda baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan pusara almarhum adinda baginda, Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Baginda kemudiannya berkenan bersantapan bersama ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan di Istana Iskandariah, di sini.

Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, isteri kepada YAB Menteri Besar Perak; YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor, isteri kepada YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja; YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah, isteri kepada Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; dan YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad, isteri kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 April 2026, 09:34:37.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.