Skip to main content

Kunjungan Hormat SPRM Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak : 9 Jun 2026.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YBrs. T/Pj Azizul bin Ahmad Sarkawi bersalaman

IPOH, 9 Jun 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Delegasi SPRM Negeri Perak diketuai oleh YBrs. T/Pj Azizul bin Ahmad Sarkawi, Pengarah SPRM Negeri Perak bersama PKPj Encik Mohd Syahrul Ridzuan bin Yahaya, Timbalan Pengarah Pencegahan; PPj Encik Azaha bin Lias, Ketua Siasatan Negeri; PPj Puan Azlin binti Ahmad, Ketua Pencegahan Negeri; PPj Rozy binti Usop, Ketua Penolong Pengarah Negeri serta PKPs Encik Muhammad Ibrahim bin Shaukad Kamaruzzaman, Pegawai Media.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai wadah untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara SPRM Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak.

Pertemuan itu turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara yang berkepentingan bersama ke arah memperkasakan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan profesional dan kerjasama strategik demi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih efektif serta memberi manfaat kepada rakyat.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 19 Jun 2026, 15:48:25.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.