Kunjungan Hormat Ketua Polis Perak Ke Atas YB SUK Perak : 3 Julai 2026.
YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menerima cenderamata daripada CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin
IPOH, 3 Julai 2026 – CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Hadir sama, DCP Mohammad Azlin bin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak.
Kunjungan hormat tersebut menjadi medan perbincangan mengenai perkembangan semasa berkaitan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini selain memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pertemuan itu mencerminkan iltizam kedua-dua pihak untuk terus memperkasa usaha dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri Perak sentiasa menjadi keutamaan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.