Kumpulan E-Force Menerima Anugerah Ketua Setiausaha Negara Di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2015 : 24 November 2015

Kumpulan E-FORCE yang telah menerima Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi Kategori Negeri (Teknikal).
PAHANG, 24 NOVEMBER 2015 - Negeri Perak telah berjaya menggondol Anugerah Ketua Setiausaha Negara (Tempat Pertama) bagi Kategori Negeri Teknikal dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) Tahun 2015 yang diadakan pada 24-26 November 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang melalui Kumpulan E-FORCE dari Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Kumpulan E-FORCE telah mewakili Negeri Perak bagi kategori Teknikal manakala kategori Pengurusan pula diwakili oleh Kumpulan FULL THROTTLE dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Projek Memastikan Tindakan Aduan Anjing Terbiar Mematuhi Piagam Pelanggan dengan markah 81.2 peratus telah melayakkan Kumpulan E-FORCE yang diketuai oleh En. Abd. Khalim bin Haron memenangi tempat pertama iaitu Anugerah Ketua Setiausaha Negara dengan ganjaran wang tunai RM10,000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil.
MPIPA ini telah disertai oleh 13 kumpulan KIK kategori Negeri (Pengurusan), 13 kumpulan Negeri (Teknikal), 14 kumpulan Kementerian (Pengurusan), 14 kumpulan Kementerian (Teknikal) dan 8 kumpulan KIK Hibrid.
ÂÂÂÂ
|
|
Lawatan Panel Penilai ke pameran kumpulan E-FORCE. |
|
|
Lawatan Panel Penilai ke pameran kumpulan FULL THROTTLE. |
|
|
Persiapan Tapak Pameran Kumpulan E-FORCE dan FULL THROTTLE. |
|
|
Persiapan Tapak Pameran Kumpulan E-FORCE dan FULL THROTTLE. |
|
|
ÂÂÂÂ
Kumpulan FULL THROTTLE yang mewakili Negeri Perak bagi Kategori Negeri (Pengurusan). |
Sumber: Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.