Pelihara Keamanan Dan Keharmonian Demi Generasi Akan Datang – YAB Menteri Besar Perak : 12 September 2016

YB EXCO Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Mah Hang Soon ketika Pesta Kebudayaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Perak.
IPOH, 12 SEPTEMBER 2016 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyeru semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin di negara ini supaya memelihara keamanan dan keharmonian demi memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati.
Menurut beliau lagi, terdapat ahli politik yang sanggup menggunakan sentimen kaum bagi meraih sokongan sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat.
“Ahli politik yang menggunakan taktik kotor itu seharusnya sedar bahawa keamanan negara dan keharmonian di antara kaum lebih penting daripada kemenangan dalam bidang politik semata-mata.†kata YAB Menteri Besar Perak ketika berucap di Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Perak di Ipoh Parade.
Turut hadir ke majlis perasmian Pesta Kebudayaan tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Dato’ Dr Mah Hang Soon.
Pesta Kebudayaan yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga September 2016 merupakan anjuran Unit Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak dengan kerjasama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terdapat pelbagai acara menarik diadakan sempena Pesta Kebudayaan tersebut seperti pertandingan membuat tanglung, pameran jalinan seni kaligrafi jawi dan Cina, pameran catur Cina dan pameran lukisan Cina.
![]() |
YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melihat pameran lukisan Cina yang dipamerkan. |
![]() |
YAB Menteri Besar Perak, mencuba seni kaligrafi jawi dan Cina di majlis tersebut. |
![]() |
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan tetamu-tetamu kehormat yang hadir ke Pesta Kebudayaan di Ipoh Parade. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.