Program Fit Perak@ Perak Tengah Dapat Sambutan Penduduk Setempat : 11 Mac 2017

Pegawai Daerah Perak Tengah, Dato' Mat Dan Bin Hassan bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika perasmian Fit Perak@Perak Tengah.
11 MAC 2017, PARIT - Program Fit Perak@Perak Tengah yang diadakan sempena program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Daerah Perak Tengah mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 3,000 orang penduduk sekitar hadir ke Dataran Pekan Parit bagi menyertai pelbagai acara yang diadakan.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu dimulakan dengan acara Kayuhan Basikal sejauh 35 kilometer yang dilepaskan YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir turut serta memeriahkan program Fit Perak@Perak Tengah apabila mengambil bahagian dalam acara berbasikal sejauh 15 kilometer yang pelepasannya disempurnakan YBhg. Pengerusi BAIDURI, Datin Seri Saripah Binti Zulkifli.
Selain acara kayuhan turut diadakan sempena program Fit Perak@Perak Tengah ialah acara larian, senamrobik, karnival pendidikan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr DiRaja D.r Zambry Bin Abd Kadir berkata, Program Permukiman YAB Menteri Besar di Daerah Perak Tengah berjaya mencapai sasarannya setelah 119 program yang disusun selama 5 hari mendapat sambutan dan penglibatan yang baik daripada rakyat setempat.
Menurut YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir lagi, kejayaan ini membuktikan bahawa hubungan antara kerajaan negeri dan rakyat adalah cukup mantap.
|
|
YB EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria dan Dato' Mohd Nizar Zakaria ketika acara pelepasan peserta acara larian sejauh 5km. |
|
|
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bergambar bersama-sama penduduk orang asli di Parlimen Parit selepas program Fit Perak@Perak Tengah. |
|
|
YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama-sama orang ramai yang hadir ke program Fit Perak@ Perak Tengah. |
|
|
YABhg Datin Seri Saripah Binti Zulkifli ketika acara flag off acara kayuhan 15km yang turut disertai YAB Menteri Besar Perak. |
|
|
YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama-sama golongan kanak-kanak dan belia yang hadir ke program Fit Perak@ Perak Tengah. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.






Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.