YAB Menteri Besar Perak ketika sidang media selepas merasmikan majlis.
IPOH, 22 Disember 2021- Kerajaan Negeri Perak telah menerima sumbangan sebanyak 20 gerai bergerak (pushcart) daripada pihak Shopee di bawah Program Khidmat Masyarakat bagi membantu serta memberi peluang kepada para peniaga mikro dari golongan B40, yang kehilangan mata pencarian akibat pandemik COVID-19 di daerah Kinta.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata, usaha ini adalah kerjasama antara Shopeepay dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), yang telah mengenal pasti usahawan yang terlibat serta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang menyediakan tapak perniagaan di Bulatan Sultan Azlan Shah.
“Program ini telah dilancarkan pada akhir bulan Oktober tahun ini dan merupakan lanjutan dari pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Negeri Perak yang menjadi fokus kerajaan negeri melalui STeP pada tahun ini.
“Saya dimaklumkan oleh Pengarah STeP, para peniaga terlibat telah memulakan jualan dengan menggunakan gerai ini pada 1 Disember yang lalu. Rekod jualan keseluruhan menunjukkan dalam masa dua minggu mencatatkan RM108 ribu dengan purata pendapatan setiap peniaga sehari RM390 ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan 20 Gerai Shopee di Bulatan Amanjaya, Meru, di sini.
Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin; YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin; YBhg. Ketua Eksekutif PKNP, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; YBrs. Pengarah STEP, Encik Mohd. Rozlan Mohd. Razalli serta Ketua ShopeePay Malaysia dan Pengurusan Shopee, Encik Alain Yee.
Ujar YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad lagi, beliau dimaklumkan pihak Shopee bercadang untuk meluaskan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi mendigitalkan lebih banyak perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri ini, seperti yang dicapai oleh inisiatif ShopeePay Push Cart ini.
“Pada tahun 2022, saya telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bagi pelaksanaan pelbagai program pembangunan usahawan negeri Perak termasuk program-program pendigitalan usahawan.
“Ini juga sebagai salah satu usaha kerajaan negeri bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi negeri seterusnya meningkatkan hasil cukai langsung dan tidak langsung kepada Kerajaan Negeri Perak,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, satu lagi program iaitu Program Go Cashless n E Commerce Usahawan Perak telah mendapat peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM150 ribu dan telah berjaya menjana jualan berjumlah RM3.9 juta dan memberi manfaat kepada lebih 18,000 usahawan Perak.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â