Pasukan eSport SUK Perak antara penerima insentif di majlis tersebut.
IPOH, 31 Januari 2023 - Warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak diseru untuk sentiasa cakna dengan dasar-dasar oleh kerajaan dan kerajaan persekutuan bagi memastikan ianya dilaksanakan sebaiknya.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, kesemua penjawat awam perlu memberi perhatian kepada teras kedua berdasarkan lima fokus yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad ketika Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2023 iaitu memantapkan sinergi dalam sistem penyampaian.
"Kita perlu mengambil tanggungjawab bersama untuk menjadi agen perubahan dan memperkemaskan kecekapan tadbir urus di organisasi agar perkhidmatan awam kekal dinamik dan diperkasakan sepanjang masa.
"Sinergi kerjasama yang telah wujud di antara organisasi perlu sentiasa ditambah baik untuk mencapai matlamat utama perkhidmatan awam terutamanya dalam menyantuni rakyat dan memakmurkan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat dan Apresiasi Bersama Warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2023.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato' Norsham Rahman serta YBrs.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah Sipun.
Ujar YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim lagi, penganugerahan dan kejayaan yang dimiliki oleh negeri Perak merupakan hasil keringat warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh penjawat awam di negeri ini.
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan negeri Perak bagi tahun 2022.
"Saya yakin kita mampu untuk mencipta lebih kejayaan demi pembangunan dan kesejahteraan negeri Perak," katanya.
Pada majlis itu juga, YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkesempatan untuk menyampaikan insentif kepada kontinjen SUK Perak yang telah mencatat kejayaan pada Sukan SUK SeMalaysia 2022.
Antara yang menerima insentif adalah Pasukan Esports, bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â