Menurut beliau, peruntukan itu merupakan peningkatan sebanyak RM1.4 juta berbanding hanya RM600,000 pada tahun lalu.
IPOH, 8 Februari 2023- Kerajaan Negeri Perak menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) telah melancarkan Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.
Pelancaran itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Menurut beliau, peruntukan itu merupakan peningkatan sebanyak RM1.4 juta berbanding hanya RM600,000 pada tahun lalu.
“Ia meliputi peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk program Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan RM0.5 juta bagi Bantuan Kecemasan Mahasiswa.
“Bantuan Sara Diri Mahasiswa terbahagi kepada dua fasa iaitu yang pertama akan bermula pada hari ini sehingga 10 Mac 2023 manakala fasa kedua pula pada Ogos atau September ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan itu melibatkan pemberian antara RM500 hingga RM2,000 kepada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan ke atas bagi peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia.
Pada masa sama, Bantuan Kecemasan Mahasiswa pula merupakan inisiatif bagi membantu mahasiswa yang ditimpa musibah atau bencana dengan bantuan tidak melebihi RM5,000, bergantung kepada kes-kes kecemasan tertakluk kepada terma dan syarat.
“Semua mahasiswa anak-anak Perak yang berkelayakan boleh memohon dan mengisi borang di pautan, www.eheyns.com.my/bantuan-khas-mahasiswa,” ujarnya.
Beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan negeri Perak akan meneruskan program Bantuan Makanan Pelajar iaitu satu lagi program di bawah inisiatif TCS dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta yang bakal memanfaatkan 28,281 pelajar dari 256 buah sekolah seluruh negeri.
“Ia membabitkan 24,694 calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2,484 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); 75 orang calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 28 calon peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
“Melalui program ini, kesemua calon peperiksaan terbabit akan diberikan bantuan makan tengah hari selama 20 hari iaitu ketika menghadiri kelas tambahan atau kelas intensif sehinggalah sepanjang hari peperiksaan,” jelasnya.
Terdahulu, beliau telah menerima sumbangan daripada lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Perak iaitu Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang masing-masing menyumbang RM1 juta, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) berjumlah RM700,000 dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) berjumlah RM500,000 serta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berjumlah RM200,000.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Encik Khairudin Abu Hanipah; YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Puan Salbiah Mohamed; YBhg. Pengurus Lembaga Air Perak (LAP), Dato' Hj. Ishak Abdul Rahman; YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; YBrs. Pengurus Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Tuan Hj. Yahanis Yahya; YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Encik Anuar Zainal Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI), Encik Zulkefli Abdullah.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â