Perak Bentang Belanjawan 2024 Berjumlah RM1.35 Bilion.

YAB Menteri Besar Perak bersama YB Kewangan Negeri Perak menunjukkan buku Belanjawan Negeri Perak 2024

IPOH, 1 Disember 2023 - Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2024 berjumlah RM1.35 bilion yang merupakan tertinggi dalam sejarah dengan memberi tumpuan khusus bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan mensejahterakan rakyat.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad berkata, dengan meneruskan tema “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera” sebagai kesinambungan pelaksanaan pelan Perak Sejahtera 2030, Belanjawan Perak 2024 memperuntukkan sebanyak RM491 juta untuk belanja pembangunan manakala RM856 juta bagi belanja mengurus.

Menurut beliau, Belanjawan 2024 Perak mengekalkan lima fokus utama seperti tahun 2023 iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Pembangunan Modal Insan dan Belia, Kelestarian Alam Sekitar dan Keterjaminan Bekalan Makanan.

“Antara yang menjadi tumpuan ialah pertambahan peruntukan bagi tujuan pembangunan yang meningkat sebanyak RM96 juta berbanding tahun 2023 dengan kebanyakannya disalurkan bagi pembangunan infrastruktur dan inisiatif kesejahteraan rakyat.

“Disokong kedudukan kewangan negeri yang semakin mengukuh dan stabil, belanjawan kali ini juga menyaksikan beberapa inisiatif bantuan terus kepada rakyat dinaikkan bagi memenuhi keperluan kebajikan dan manfaat rakyat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan Belanjawan Perak 2024 di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Ujar YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad lagi, dengan menyedari realiti ketidaktentuan iklim ekonomi yang masih menyelubungi kehidupan rakyat, kerajaan menyediakan peruntukan RM384.1 juta untuk melaksanakan pelbagai program kesejahteraan rakyat dengan matlamat mengupayakan sara diri rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan iklim ekonomi yang tidak menentu dan menekan kehidupan rakyat marhaen, kadar semasa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM300 akan dinaikkan kepada RM400 mulai Januari 2024.

“Mulai tahun hadapan, syarat kelayakan bantuan kewangan JKM akan menggunapakai garis panduan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan Isi Rumah RM1,198 berbanding RM1,169 pada masa ini.

“Selain itu, program Kad Perak Sejahtera yang bertujuan membantu golongan sasar B40 bukan sahaja diteruskan dengan peruntukan RM24 juta, malah kadar tunai kad yang telah dinaikkan daripada RM80 kepada RM90 tahun ini, akan ditingkatkan lagi menjadi RM100 mulai tahun hadapan,” ujarnya.

Tambah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad juga, bagi menjayakan fokus kedua iaitu Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, kerajaan negeri memperuntukkan dana RM393.4 juta bagi melaksanakan program pembangunan termasuk membina atau menambah baik kemudahan prasarana selain menaik taraf infrastruktur jalan.

“Selaras dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat, agenda pendidikan akan terus menjadi antara keutamaan kerajaan negeri dengan penyediaan peruntukan RM202.4 juta bagi tujuan pembangunan modal insan dan belia.

“Manakala bagi fokus keempat dan kelima yang menyentuh aspek Kelestarian Alam Sekitar dan Keterjaminan Bekalan Makanan pula masing-masing disediakan peruntukan sebanyak RM66.3 juta dan RM63.3 juta,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, melalui belanjawan itu juga, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 26 April 2024, 10:24:30.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >>
Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
QR Code
qrms

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Data Terbuka
Data Terbuka Bagi Tahun 2022
# SET DATA
1. Kes-Kes Lembaga Rayuan Negeri Perak Plan Malaysia
2. Lokasi Penginapan Di Negeri Perak
3. Kadar Bayaran Salinan Digital Rancangan Pemajuan Plan Malaysia
4. Guru Agama Dakwah Jabatan Agama Islam Perak
5. Garis Panduan Perancangan (GPP) Yang Diterima Pakai Oleh Negeri Perak
6. Statistik Gunatanah Negeri Perak Plan Malaysia
7. Senarai Pengredan Premis Makanan PBT Negeri Perak
8. Senarai Pasar Awam, Pasar Sehari, Pasar Malam, Pasar Lambak Dan Pasar Tani Pihak Berkuasa Tempatan.
9. Senarai Alamat Pejabat JPS Perak
10. Status Pewartaan Rancangan Pemajuan Negeri Perak Oleh Plan Malaysia

 

Data Terbuka Bagi Tahun 2021
# SET DATA
1. Maklumat Permohonan Iklan Jawatan Kosong SPA Perak
2. Senarai YB Pegawai Kewangan Negeri
3. Penyata Akaun Hasil Disatukan
4. Nama Sungai-Sungai Di Negeri Perak
5. Senarai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Negeri Perak
6. Penolong Pendaftar Nikah Negeri Perak
7. Senarai Lesen Penginapan, Hotel Yang Berdaftar Dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak
8. Statistik Pegawai Yang Mempunyai Kelayakan Profesional (Ir, Ar, Sr) Jabatan Kerja Raya Perak
9. Senarai Tempat Pelancongan Di Negeri Perak
10. Senarai Pemungut Derma Kelulusan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
11. Penerima Kad Perak Prihatin Mengikut Daerah
12. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Gred Jawatan
13. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Bulan Dan Negara
14. Statistik Penjawat Awam Negeri Perak ke Luar Negara Mengikut Jenis Lawatan

 

Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
Open Data
Open Data 2021
# DATA SET
1. Information on Applications for Perak PSC Job Vacancy Advertisements
2. List of State Financial Officers
3. Consolidated Revenue Account Statements
4. Names of Rivers in Perak
5. List of Perak People's Housing Projects (PPR)
6. Perak State Assistant Registrar of Marriages
7. List of Licensed Accommodations, Hotels Registered with the Perak Local Authorities (PBTs)
8. Statistics of Public Works Department Officers with Professional Qualifications (Ir, Ar, Sr)
9. List of Tourist Attractions in Perak
10. List of Donation Collectors Approved by the Perak Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPk)
11. Perak Prihatin Card Recipients According to Districts.
12. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Post Grade
13. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Month and Country
14. Statistics of Perak Civil Servants to Overseas According to Types of Visit

 

Open Data 2020
# DATA SET
1. PLANMalaysia@Perak List of Methods and Enactments
2. Planning Guidelines (GPP) and Planning Standards (PP) in Perak
3. Payment Rate for Search and Supply of Perak Geospatial Information - GIS
4. Perak Livestock Census
5. List of Water-Gates in Perak
6. List of Telemetry Stations in Perak
7. List of Pump Houses in Perak
8. List of Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Wakaf Cemetery Land
9. List of Agriculture Training Centres
10. List of District and Area Agriculture Offices
11. List Of Perak State Sports Training Centres
12. Statistics Of Local Authority Councillors
13. List Of Perak State Award Recipients
14. Address Of Perak State Public Library Corporation
15. Rumah Perakku Development Data
16. Perak Halal Hotel And Resort Premises
17. List Of Perak State Sports Associations

 

Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey

 

Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive

Â