Bahagian Dewan Negeri dan MMK
Kembali Ke Senarai Info Bahagian / Unit..
-
Profil Bahagian
-
Visi, Misi dan Objektif
-
Fungsi
-
Carta Bahagian
|
Bahagian Dewan Negeri dan MMK
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Perak
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Tel: 05-2095000 samb. 5212
Faks: 05-2413687
|
Encik Muhammad Nazri Bin Abdullah
Setiausaha Bahagian Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan |
|
VISI
Memperkasa jentera pentadbiran negeri bagi mencapai taraf dunia pada 2015 bagi meningkatkan kebajikan,kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
MISI
Kami anggota Bahagian Dewan Negeri & MMK berikrar dan beriltizam untuk memberikan perkhidmatan berkualiti demi memenuhi kehendak pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan.
OBJEKTIF
- Menjadikan jentera pentadbiran yang cekap dan tadbir urus sempurna.
- Meningkatkan pembangunan ekonomi, sosial serta kualiti hidup rakyat secara adil dan saksama.
- Menjana dan menaikkan imej Kerajaan Negeri.
FUNGSI UTAMA
- Mengurus dan mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan Persidangan Dewan Negeri.
- Mengurus dan menyempurnakan hal-hal yang berkaitan dengan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
- Memberi perkhidmatan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri serta Bekas Ahli-ahli Dewan Negeri yang melibatkan Tuntutan Elaun Perjalanan / Keistimewaan dan kemudahan seperti yang terkandung di dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 1993 serta urusan Ganjaran dan Pencen.
- Menguruskan Hal-hal yang berkaitan dengan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) serta Persidangan Speaker-Speaker SeMalaysia
- Mengurus dan memproses Pencalonan Darjah Kebesaran dan Pingat - Pingat Negeri serta persiapan untuk Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak.
- Menerima dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Perak.
- Menerima dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Penahanan dan Pembebasan Pesakit Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
- Menjalankan tugas-tugas sebagai Pembantu Khas kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam melaksanakan tugas harian mereka.
Klik carta di atas untuk paparan lebih jelas.
.