Skip to main content

Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak : 3 Mac 2020

Hari Landskap Negara (HLN 2020) Peringkat Negeri Perak.
3 Mac 2020 (Selasa)
Tempat : Laman Budaya, Kuala Kangsar

Hari Landskap

 

1.         SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2020

Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Jabatan Landskap Negara akan menganjurkan sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2020 (HLN2020) bertarikh 01 Mac 2020 bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Sambutan ini adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Negara  sejak tahun 1998 dan HLN2020 merupakan sambutan kali yang ke-22 yang bakal diadakan. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Generasi Muda Mencorak Landskap Negara” dan majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

 

2.         HARI LANDSKAP NEGARA 2020 NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Menyedari akan kepentingan pemuliharaan dan pengekalan karakter landskap dan kualiti visual dalam persekitaran bandar dan kawasan semulajadi, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama pelbagai agensi akan menganjurkan Hari Landskap Negara 2020 Negeri Perak Darul Ridzuan pada 03 Mac 2020, Selasa bertempat di Laman Budaya, Kuala Kangsar, Perak. Sambutan HLN2020 Negeri Perak Darul Ridzuan turut mengadakan pameran yang melibatkan 10 Agensi Pempamer. Majlis sambutan Hari Landskap Negara 2020 Negeri Perak Darul Ridzuan ini dijangka akan disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibn Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

 

3.         INISIATIF PROGRAM CSR PENANAMAN POKOK

Program ini merupakan satu program CSR penanaman pokok selaras dengan Teras 1 Dasar Landskap Negara iaitu Membudayakan Kecintaan Terhadap Landskap. Inisiatif awal yang diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan TNB adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah (NTT) 2020.

 

4.         OBJEKTIF PROGRAM PENANAMAN POKOK

Program ini merupakan satu program CSR penanaman pokok bagi tujuan menyokong kelestarian ekosistem alam, dan tanggungjawab korporat TNB terhadap pemuliharaan alam sekitar sekaligus membuktikan komitmen TNB terhadap usaha memelihara alam sekitar sebagai warisan generasi masa hadapan melalui Program “Tree For A Tree” TNB.

 

5.         PELAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENANAMAN POKOK

Aktiviti penanaman pokok bagi program ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada Januari, Februari dan program kemuncaknya akan diadakan pada 3 Mac 2020 di mana tarikh tersebut dicadangkan oleh Encik Zulqarnain Bin Mohamad, Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar selaras dengan Program TNB “Tree For A Tree”. Terdapat 35 jenis spesis pokok tempatan yang melibatkan sebanyak 633 pokok telah ditanam di enam (6) lokasi sekitar Kuala Kangsar yg melibatkan 18 Agensi/ Kerajaan/ Swasta/ NGO dan Persatuan Penduduk.

 

6.         TITAH DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.