Skip to main content

Kembali Ke Senarai Info Bahagian / Unit..

  1. Profil Bahagian
  2. Visi, Misi dan Objektif
  3. Fungsi
  4. Carta Bahagian

Unit Integriti
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Perak

Emel: -
Tel: 05-2095000 samb. 5550
Faks: 05-241 3687
Kosong
Ketua Penolong Setiausaha
Unit Integriti
 

VISI

Integriti Sebagai Pemangkin Kepada Pentadbiran Negeri Yang Berdaya Tahan, Mampan Dan Inklusif.

MISI

Memperkasa Budaya Integriti Di Kalangan Warga Kerja Pentadbiran SUK Perak Bagi Meningkatkan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Melalui Tadbir Urus Yang Baik, Budaya Kerja Berkualiti, Kecekapan Dan Akauntabiliti.

OBJEKTIF

Mensasarkan toleransi sifar kepada amalan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan salah laku dalam urusan pentadbiran dan operasi. Bagi tujuan itu, Unit Integriti komited untuk memberi penekanan kepada lima (5) perkara berikut:
1. Dasar, Perundangan dan Peraturan
2. Sistem dan Prosedur Kerja
3. Pengukuhan Governans dan Integriti
4. Pengesanan dan Pematuhan
5. Punitif dan Pemulihan

FUNGSI
   
i. Merancang dan melaksanakan program pembudayaan integriti dalam organisasi secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan Penjawat Awam yang berkuat kuasa;
ii. Mengkaji kelemahan dan mencadang penambahbaikan sistem dan prosedur, kawalan sistem bagi menutup ruang dan peluang rasuah serta salah laku;
iii. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan;
iv. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku dan pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi dan menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti Negeri;
v. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi melalui siasatan secara telus;
vi. Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala ke atas pematuhan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan projek dan memastikan Peraturan Pegawai Awam (Tata kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dipatuhi khususnya perisytiharan harta;
vii. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
viii. Melaksana fungsi sebagai urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib dan pemantauan ke atas kes-kes tatatertib;
ix. Urus setia Jawatankuasa/ Mesyuarat mandatori yang berkuat kuasa (cth JAR)

 


Klik carta di atas untuk paparan lebih jelas.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Selasa 22 April 2025, 13:17:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.