World Conference On Islamic Thought and Civilization (WCIT) 2018 : 17 Julai 2018

WCIT 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama pelbagai individu terdiri dikalangan pegawai kerajaan negeri, panelis dan delegasi luar yang dijemput untuk menjayakan persidangan terbabit.

IPOH, 17 JULAI 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tiada sesiapa pun harus diketepikan dalam proses menjadikan Malaysia mencapai demokrasi matang selepas perubahan berlaku terhadap landskap politik negara.

Baginda bertitah, tidak dapat dinafikan negara berdepan banyak 'keperitan' bagi mencapai tahap tersebut dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan kesepaduan dan tanggungjawab bersama dikalangan rakyat Malaysia.

Justeru, baginda menegaskan tidak mana-mana pihak patut tertinggal dalam proses berkenaan, termasuk dalam kalangan mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan pihak yang berkuasa.

"Kita mesti mengelak amalan tidak sihat yang dilaksanakan sesetengah negara di mana selepas sahaja menang (pilihan raya umum), pemenang memiliki semua dan punyai hak mutlak.

"Semua rakyat Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini (menuju demokrasi matang) dan kita juga perlu diingatkan untuk sama-sama membabitkan semua pihak berkepentingan dalam perjalanan yang penuh bersejarah ini," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Ke-5 2018 (WCIT 2018) di Pusat Konvensyen Aman Jaya.

Turut berangkat, DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama ke majlis tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan negeri, Prof Dr Abdul Aziz Bin Bari yang mewakili YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan YBhg Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, Malaysia baru sahaja selesai menyaksikan perjalanan PRU-14 dua bulan lalu di mana rakyat dan pengundi membawa perubahan politik yang cukup besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini melalui kotak undi.

"Dari detik ini secara relatifnya ia adalah sejarah baharu negara, saya harap rakyat Malaysia dapat merasakan bahawa mereka berkuasa untuk menentukan dan mempengaruhi masa depan negara.

"Seperti yang saya pernah katakan lebih sedekad lalu, rakyat Malaysia dari semua kaum, agama dan lokasi geografi perlu percaya bahawa di luar bayang keraguan bahawa mereka masih tetap mempunyai tempat di Malaysia.

"Perkara itu nanti memerlukan kepada apa yang diperkatakan oleh ulama iaitu tajdid (pembaharuan) dan islah (reformasi) untuk memberikan nafas baharu bagi meremajakan institusi kita dan jika perlu untuk memperbaikinya," titah baginda.

Titah baginda, dalam beberapa siri WCIT yang dihadirinya sebelum ini, baginda turut memberikan penekanan terhadap kepentingan melabur dan memperkukuhkan dunia dan golongan belia yang akan mewakili masa depan dunia.

"Pada masa sama, terdapat beberapa dapatan dan bukti yang menyatakan bahawa apabila golongan muda merasa tidak berkuasa, tidak disukai dan diabaikan, mereka tidak akan dapat membawa perubahan kepada yang lain, kurang membina, bekerjasama dan demokratik.

"Mesej itu jelas, apabila orang muda dirujuk dan terbabit secara aktif dalam politik dan diplomatik, mereka dilihat dapat membantu untuk membawa perubahan yang penting dan positif untuk semua.

"Apabila orang muda berasa diabaikan, laluan yang mereka ambil dalam memastikan suara mereka didengar sebenarnya boleh mengakibatkan keadaan menjadi bertambah buruk," titah baginda.

Terdahulu pada awal titahnya, baginda turut menggesa dan mengingatkan semua peserta persidangan untuk yakin bahawa masa depan dan hala tuju negara adalah milik bersama.

“Apabila bercakap mengenai masa depan milik bersama, ia tidak hanya terhad kepada individu Muslim tetap ia juga membabitkan umat manusia yang lain, malah Islam turut menyediakan jalan penyelesaian terbaik dalam menangani beberapa cabaran terbesar dunia pada masa depan khususnya ekonomi dan alam sekitar,” titah baginda.

WCIT 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyampaikan titah ucapan dalam persidangan berkenaan.

WCIT 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersama tetamu jemputan terdiri dikalangan pegawai tinggi kerajaan dan delegasi luar negara.

WCIT 2018

Antara panelis-panelis yang diundang khas bagi menjayakan persidangan berkenaan.

WCIT 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima sebuah buku yang diberikan Pengasas Madina Institue merangkap panelis WCIT 2018, Shaykh Muhammad Yahaya Al-Ninowy.

WCIT 2018

Antara tetamu yang hadir dalam persidangan berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 26 November 2020, 18:25:53.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive