Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia : 27 Januari 2018

Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Semangat Rimba Kelas Kedua Perak - BSR II kepada YBhg Dato' Mat Lazim Bin Idris.

IPOH, 27 JANUARI 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat dan Sijil Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2018 di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan, pagi tadi.

Hadir sama, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Haji Shafie Mohd Salleh.

Majlis Penganugerahan berkenaan turut menyaksikan YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi serta YBhg Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mat Lazim Idris menerima Pingat Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak (PBSR-11).

Pingat itu dianugerahkan kepada kedua-dua tokoh berkenaan kerana memberi perkhidmatan serta bakti terpuji kepada pergerakan pengakap.

Selain itu, Anugerah Sijil Pengakap Raja pula disampaikan kepada 311 penerima membabitkan enam penuntut Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1998 dan 305 ahli Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Perak tahun 2014, 2015 dan 2016.

Tan Sri Dr Haji Shafie Salleh dalam ucapannya berkata, beliau amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan pihak kerajaan bagi setiap program yang dianjurkan selain berharap ia mampu melahirkan modal insan berwawasan.

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Pendidikan Negeri yang banyak membantu memberi sokongan selain bantuan bagi memastikan setiap aktiviti yang dianjurkan berkualiti serta meninggalkan kesan mendalam.

“Ia juga diharap mampu menjadi panduan kepada pergerakan pengakap di dalam melahirkan modal insan yang berwibawa,” kata beliau.

Beliau berkata, semua aktiviti yang dijalankan oleh pengakap juga bertujuan membantu serta mendekatkan diri dengan masyarakat sepertimana saranan yang termaktub dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Program seperti perkhemahan, jambori, kepimpinan, latihan dan sukarelawan yang dijalankan oleh pengakap merupakan tunjang utama dalam memastikan hubungan dengan masyarakat dapat dieratkan,” katanya.

Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Jasa Pengakap (PJP) kepada Jabatan Penerangan Negeri Perak, Encik Iylia Faruq Iryani Bin Abu Bakar.

 Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia

Antara pimpinan pengakap di peringkat negeri yang hadir dalam majlis penganugerahan pingat dan sijil pengakap raja.  

Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri majlis penganugerahan pingat dan sijil Pengakap Raja.

Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) kepada YBhg Dato' Mohd Fariz Bin Mohd Hanip.

Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Penganugerahan Bintang Pingat Dan Sijil Pengakap Malaysia

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Semangat Rimba Kelas Kedua Perak-BSR II kepada YB Dato' Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 26 November 2020, 18:25:53.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive