Khamis, 16 Ogos 2018
 
  • Kemaskini Terakhir:16 Ogos 2018
 
lain

Majlis Iftar KESEDAR 2018

YB Pegawai Kewangan Negeri Perak Dato' Abu Bakar bin Haji Said menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak semasa Majlis Iftar KESEDAR 2018.

IPOH, 8 JUN 2018 - Seramai 1,000 individu terdiri dikalangan kakitangan dan ahli keluarga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ahli Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Program yang bermula sekitar jam 6.30 petang itu turut diserikan dengan kehadiran YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said dan YBhg Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Puan Nor Eni Binti Ismail.

Antara tujuan utama majlis yang dianjurkan setiap tahun itu diadakan adalah untuk meraikan ahli KESEDAR dan keluarga selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Dalam majlis berkenaan juga, YB Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan duit raya khusus kepada anak-anak ahli KESEDAR.

Selain itu, dalam majlis sama turut diadakan solat tarawih berjemaah yang melibatkan rata-rata ahli KESEDAR.

Majlis Iftar KESEDAR 2018

Anak-anak Ahli KESEDAR berbaris menunggu giliran menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Perak.

Majlis Iftar KESEDAR 2018

Antara kakitangan warga Bangunan Perak Darul Ridzuan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis Iftar KESEDAR 2018

Bacaan doa sebelum majlis Iftar KESEDAR 2018.

Sumber : Korporat, SUK Perak.