Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Sesi Townhall Bertujuan Dapatkan Pandangan Masyarakat Pulau Pangkor

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika berucap dalam Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Infrastruktur Pulau Pangkor.

PANGKOR, 17 JULAI 2019 - Lebih 300 individu menghadiri Sesi Townhall Perjumpaan YB setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Masyarakat Pangkor Berkaitan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai yang berlangsung di Kejora Garden Resort.

Perjumpaan yang berlangsung selama dua jam itu diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan, cadangan dan aspirasi masyarakat setempat berkaitan penambahbaikan sewajarnya yang perlu dilakukan sebelum pengiktirafan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 2020.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, semua cadangan, pandangan selain aspirasi yang telah dikemukakan para penduduk itu akan dipertimbangkan dan sekiranya bersesuaian ia akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.

“Saya menghargai setiap pandangan, cadangan dan aspirasi yang telah dikemukakan oleh para hadirin yang menyertai sesi townhall yang kita anjurkan ini.

“Pada masa yang sama, perkara-perkara yang telah diajukan kepada pihak kami itu akan akan diambil catatan dan tindakan sekiranya ia dirasakan bersesuaian dan memberi impak positif kepada Pulau Pangkor,” ujar beliau dalam sesi townhall tersebut.

Terdahulu, selain sesi townhall berkenaan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri turut menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Infrastruktur Pulau Pangkor, Lawatan Tapak dan Taklimat Rancangan Pembangunan selain Mesyuarat Keselamatan Pulau Bebas Cukai Pulau Pangkor.

Turut hadir YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Tuan Haji Muaz Bin Haji Zawawi; Pegawai Daerah Manjung, Dato’ Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Yang Dipertua MPM, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap kerjasama daripada penduduk Pulau Pangkor khususnya dalam aspek kebersihan dan keindahan Pulau Pangkor dapat diberikan penumpuan bagi memastikan ia berada pada tahap terbaik. “Kita mahu kedua-dua aspek berkenaan dititikberatkan kerana ia merupakan antara indikasi penting untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, kerjasama daripada penduduk setempat amat diperlukan dalam memastikan kedua-kedua perkara ini berada pada tahap terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, sesi townhall itu akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelbagai perkara berbangkit dapat diatasi dan diselesaikan dengan lebih efisien.

Sesi Townhall Bertujuan Dapatkan Pandangan Masyarakat Pulau Pangkor

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika menyampaikan ucapan dalam sesi townhall bersama penduduk Pulau Pangkor.
Sesi Townhall Bertujuan Dapatkan Pandangan Masyarakat Pulau Pangkor Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh ketika menerangkan kepada pihak terlibat berkaitan kerja-kerja menaiktaraf Jeti Pangkor.
Sesi Townhall Bertujuan Dapatkan Pandangan Masyarakat Pulau Pangkor YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika sesi Lawatan Tapak dan Taklimat Rancangan Pembangunan di sekitar Pulau Pangkor.
Sesi Townhall Bertujuan Dapatkan Pandangan Masyarakat Pulau Pangkor Antara penduduk Pulau Pangkor yang menghadiri sesi townhall tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.