Khamis, 12 Disember 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 12 Disember 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

250 Pesara Terima Insentif Sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan insentif kepada salah seorang penerima bukan bumiputera dalam majlis yang berlangsung.

IPOH, 29 JULAI 2019 - Seramai 250 orang pesara menerima insentif daripada Kerajaan Negeri sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di Amanjaya Convention Centre 1&2 di Hotel Casuarina Meru.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, setiap pesara yang terdiri di kalangan bekas kakitangan jabatan-jabatan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan berkanun itu menerima insentif sebanyak RM4000 seorang. 

“Bagi penerima bumiputera, kerajaan negeri akan memberikan insentif dalam bentuk Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) manakala penerima bukan bumiputera pula akan menerima insentif tersebut dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP),” ujar beliau ketika berucap pada majlis berkenaan. 

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said. 

Beliau berkata, pemberian insentif daripada kerajaan negeri itu juga merangkumi para pesara yang telah berkhidmat dalam kumpulan pelaksana, bersara wajib atau pilihan, berusia 50 tahun ke atas serta berkhidmat 20 tahun dan lebih di dalam perkhidmatan negeri. 

Selain itu, tambah beliau, majlis itu turut dilangsungkan bagi meraikan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang telah bertukar ke luar dari negeri Perak.

250 Pesara Terima Insentif Sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika hadir pada majlis berkenaan.
250 Pesara Terima Insentif Sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas Pengarah UPEN, Puan Nor Eni Binti Ismail dalam majlis tersebut.
250 Pesara Terima Insentif Sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyarungkan jam tangan kepada seorang pesara yang diraikan dalam majlis tersebut.
250 Pesara Terima Insentif Sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra dengan salah seorang pesara yang menerima insentif tersebut.
250 Pesara Terima Insentif Sempena Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama 250 penerima insentif yang terdiri di kalangan pesara perkhidmatan negeri.

Sumber : Korporat, SUK Perak.