Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

41 Anak Perak Terima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2019/2020

YB Ir Ahmad Fadhil bin Nuruddin selaku Ahli Lembaga Pinjaman Pengajian Tinggi Perak ketika menyampaikan ucapan perasmian.

IPOH, 20 OGOS 2019 - 41 orang graduan Ijazah Sarjana Muda telah menerima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah semasa Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Sesi 2019/2020, hari ini.

Pinjaman boleh ubah ini dianugerahkan kepada peminjam yang telah memperoleh kelas pertama dalam pengajian bidang masing-masing dari university dalam dan laur Negara.

Antara penerima anugerah tersebut adalah Raudhah Adibah Ahmad Zubir dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Syarmini a/p Rajendran dari Saveeta University dan Cheng Karmen dari Royal College of Medicine Perak (RCMP).

Raudhah Adibah, graduan Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) UTHM melahirkan rasa gembira atas penerimaan biasiswa tersebut yang memudahkannya membiayai sepanjang tempoh pengajian.

Encik Rajendran, bapa kepada Syarmini menyifatkan pinjaman boleh ubah ini sangat membantu beliau bagi menampung pembiayaan pendidikan anak beliau dalam bidang pengajian pergigian di Saveetha University, India.

“Saya sangat bersyukur kepada Kerajaan Negeri Perak kerana memberikan biasiswa kepada anak saya dan menerimanya dengan hati yang terbuka atas keprihatinan kerajaan negeri”, ujar beliau.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Perak telah menawarkan pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada 500 anak Perak terdiri daripada 95 penerima peringkat diploma, 361 penerima ijazah sarjana muda, 22 penerima ijazah sarjana dan 22 penerima ijazah falsafah.

Kerajaan negeri turut menawarkan pemberian rebat sebanyak 20% mulai 1 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019 kepada peminjam sedia ada yang ingin membayar keseluruhan baki pinjaman mereka.

Insiatif ini adalah bertujuan untuk menggalakkan peminjam sedia ada untuk membayar balik sekali gus meningkatkan jumlah kutipan bayaran balik bagi membantuk menambahkan bilangan pelajar yang ditaja Pinjaman Pengajian Tinggi pada masa hadapan dengan menggunakan semula nilai penambahan kutipan yang diperoleh.

41 Anak Perak Terima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2019/2020 Sesi bacaan ikrar bagi penerima Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.
41 Anak Perak Terima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2019/2020 Raudhah Adibah binti Ahmad Zubir menamatkan pengajinannya dengan CGPA 3.84 dalam bidang Pendidikan Vokasional di UTHM.
41 Anak Perak Terima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2019/2020 Cheng Karmen, graduan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan RCMP Perak.
41 Anak Perak Terima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2019/2020 Syarmini ap Rajendran, graduan Pengajian Pergigian dari Saveetha University bersama kedua ibu bapanya.

Sumber : Korporat, SUK Perak.