Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Menuju Pangkor Pulau Bebas Cukai 2010 : Kerajaan Negeri Lancar Logo Baharu

Gimik perasmian Logo Pangkor Pulau Bebas Cukai (PBC).

TAIPING, 29 OGOS 2019 - Kerajaan negeri melancarkan logo baharu Pulau Pangkor dalam usaha memberikan nafas baharu kepada industri pelancongan di pulau peranginan berkenaan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tuan Tan Kar Hing berkata logo itu akan memberikan imej baharu kepada pengunjung ke Pulau Pangkor dalam usaha kerajaan untuk mempromosikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai menjelang 1 Januari 2020.

“Ada beberapa program untuk meningkatkan kemudahan di pulau itu seperti perkhidmatan pengangkutan, latihan kempen kesedaran, program Mesra Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada setiap bulan kepada pengusaha pelancongan dan pengedaran risalah bercetak dan digital bagi mempromosikan Pulau Pangkor. 

“Program tersebut akan diadakan sepanjang tahun ini sebagai persiapan untuk pelancaran Pangkor sebagai pulau bebas cukai,” ujar beliau. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Logo Pangkor Pulau Bebas Cukai di Majlis Perbandaran Taiping. 

Logo baharu itu menggambarkan identiti Pulau Pangkor sebagai salah satu destinasi percutian dengan memuatkan beberapa ikon Pulau Pangkor seperti ikan bilis mata biru yang merupakan salah satu produk hasil laut yang popular di pulau tersebut serta burung enggang yang banyak kelihatan di sekitar pulau ini.

Manakala ombak laut dan pokok kelapa pula sebagai simbolik kehidupan flora dan fauna di pantai Pulau Pangkor yang indah dan bersih yang sinonim dengan kehidupan harian penduduk tempatan dan pengalaman percutian pelancong di Pulau Pangkor.

Menurut beliau, pihaknya juga akan memastikan masalah kebersihan dan hospitaliti di pulau berkenaan dapat ditangani berikutan bakal menerima pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, kerajaan negeri memperuntukkan bajet awalan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan infrastruktur setelah mendapat peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mencantikkan dan memperbaiki infrastruktur di Pulau Pangkor.

“Kita juga akan membuat kunjungan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat pembentangan kepada kementerian itu dan berharap untuk mendapatkan sedikit lagi bajet bagi melaksanakan beberapa projek lain di Pulau Pangkor.

“Saya juga telah membuat pertemuan dengan pemandu-pemandu teksi di Pulau Pangkor dan kita sedang memikirkan kaedah di mana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pengangkutan dapat membantu sistem pengangkutan,” kata beliau.

Menuju Pangkor Pulau Bebas Cukai 2010 : Kerajaan Negeri Lancar Logo Baharu Ketibaan Exco Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semasa majlis Soft Launch Logo Pangkor Pulau Bebas Cukai.
Menuju Pangkor Pulau Bebas Cukai 2010 : Kerajaan Negeri Lancar Logo Baharu Ucapan daripada YB Tuan Tan Kar Hing semasa Soft Launch Logo Pangkor Pulau Bebas Cukai (PBC).
Menuju Pangkor Pulau Bebas Cukai 2010 : Kerajaan Negeri Lancar Logo Baharu Sidang media Soft Launch Logo Pangkor Pulau Bebas Cukai.
Menuju Pangkor Pulau Bebas Cukai 2010 : Kerajaan Negeri Lancar Logo Baharu YB Tuan Tan Kar Hing bergambar bersama pegawai-pegawai kerajaan serta NGO semasa Soft Launch Logo Pangkor Pulau Bebas Cukai.

Sumber : Korporat, SUK Perak.