Selasa, 28 Januari 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 28 Januari 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat

YAB Menteri Besar Perak ketika berucap di majlis tersebut.

GOPENG, 13 Januari 2020 - Projek perumahan Rumah Perakku 1 dengan usahasama di antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan M K Land Holding Berhad di Gopeng mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli.

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan berkata, beliau dimaklumkan, sebanyak 137 unit rumah bagi Fasa 1A telah habis dijual dalam tempoh yang singkat kerana harga yang ditawarkan bermula dari serendah RM70,000 seunit.

YAB Menteri Besar Perak turut menyatakan keyakinan beliau terhadap komitmen pihak M K Land dalam membantu kerajaan negeri menyediakan rumah mesra milik dan menyeru kepada pemaju-pemaju lain untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam pembangunan rumah mesra milik di negeri ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi di bawah kerajaan negeri seperti MB Inc., yang telah memberikan komitmen penuh dalam usaha kerajaan negeri merealisasikan sasaran untuk membina sebanyak 50,000 unit rumah mesra milik dalam tempoh lima tahun di seluruh negeri Perak. Ini adalah bertepatan dengan peranan GLC negeri untuk bergerak seiring dengan kerajaan negeri dalam memberikan keadilan sosial kepada rakyat dan bukannya terlalu menumpukan kepada keuntungan perniagaan semata-mata.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan EXCO Kerajaan Negeri Perak YB Encik Yong Choo Kiong.

Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat Antara tetamu-tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat YAB Menteri Besar Perak beramah mesra bersama pembeli-pembeli Rumah Perakku 1 Raia Perdana.
Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat YAB Menteri Besar Perak berbual bersama tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat Rumah Contoh Rumah Perakku 1.
Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat YAB Menteri Besar Perak merasmikan pecah tanah Bit Polis Raia Perdana Gopeng.
Rumah PerakKu 1 'Projek Raia Perdana' Terima Sambutan Hangat YAB Menteri Besar Perak merasmikan Projek perumahan Rumah Perakku 1 Raia Perdana Gopeng.

Sumber : Korporat, SUK Perak.