Ahad, 23 Februari 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 19 Februari 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Tahun Baru Cina Disambut Meriah Di Botani Eco Park

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Negeri Perak.

IPOH, 6 FEBRUARI 2020 - Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan disambut meriah dengan kunjungan lebih 10,000 hadirin dari seluruh negeri, di Botani Eco Park.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat menghadiri ke sambutan tersebut.

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; DYAM Raja Di Hilir, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Iskandar dan DYAM Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama adalah, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak; Dato' Zulazlan bin Abu Hassan serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Sambutan Tahun Baru Cina kali ini membawakan tema "Sama-Sama Kongsi" yang juga memberi maksud mendalam dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

“Ayat ‘Sama’ membawa maksud tiada bezanya, setaraf dan seimbang, serta adil dan saksama manakala ayat ‘Sama-Sama’ membawa maksud semua sekali, bersatu, kesyukuran dan balasan ucapan terima kasih.

Maka, tema “Sama-Sama” membawa maksud kita semua harus mengukuhkan semangat perpaduan setiap warga,” ujar beliau.

Selain persembahan tarian singa yang juga tarian kebudayaan masyarakat Cina, pelbagai persembahan kebudayaan menarik turut dipersembahkan seperti persembahan angklung dan tarian pelbagai budaya melambangkan masyarakat majmuk di negeri ini.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari pelbagai aktiviti seni dari pelbagai kaum, seperti aktiviti henna, menjahit tekat, menulis kaligrafi cina serta membuat kolam.

Tahun Baru Cina Disambut Meriah Di Botani Eco Park Antara aktiviti yang dijalankan semasa Sambutan Tahun Baru Cina 2020.
Tahun Baru Cina Disambut Meriah Di Botani Eco Park DYMM Paduka Seri Sultan Perak menyempurnakan tulisan kaligrafi.
Tahun Baru Cina Disambut Meriah Di Botani Eco Park DYMM Paduka Seri Sultan Perak menyampaikan angpow kepada anak-anak yatim.
Tahun Baru Cina Disambut Meriah Di Botani Eco Park Persembahan tarian naga semasa majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.