Jumaat, 10 Julai 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 10 Julai 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Baucer #TravelPerakLah Diperkenal Bagi Merancakkan Pelancongan Negeri.

YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama pemain industri pelancongan negeri Perak.

BATU GAJAH, 15 Jun 2020 – Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan baucar #TravelPerakLah bagi menggiatkan aktiviti pelancongan di negeri Perak susulan pengumuman Kerajaan Persekutuan berkenaan pembukaan semula sektor pelancongan domestik.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, sebanyak 1,500 keping baucar akan dibuka kepada semua pelancong dalam negara dan sah digunakan bermula 1 Julai 2020 sehingga 30 November 2020.

“Baucar ini terbahagi kepada dua iaitu baucar bernilai RM50 bagi penginapan hotel terpilih  di dalam negeri Perak dan baucar bernilai RM30 bagi produk pelancongan terpilih di sekitar negeri Perak,” katanya ketika berucap semasa pelancaran ‘Baucer #TravelPerakLah’ di Kellie’s Castle.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin binti Mohamed Radzi.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal menambah, Perak adalah antara negeri terawal yang mengambil langkah proaktif untuk membantu proses “restart” indsutri pelancongan.

“Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Kedua, kita telah luluskan peruntukan sebanyak RM10.84 juta untuk bantu pemulihan indsutri pelancongan.

“ Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menambah baik dan mempelbagaikan Strategi Penggalakan Pelancongan,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri turut memberi pengecualian Bayaran Kadar Cukai Tiket kepada pengusaha taman tema sehingga 31 Disember 2020 dan Pengecualian Bayaran Pembaharuan Lesen Hotel kepada 560 hotel yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

Baucer #TravelPerakLah Diperkenal Bagi Merancakkan Pelancongan Negeri.

YAB Menteri Besar Perak menyempurnakan gimik pelancaran Baucer TravelPerakLah.

Baucer #TravelPerakLah Diperkenal Bagi Merancakkan Pelancongan Negeri.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pelancaran 'Baucer TravelPerakLah'.

Sumber : Korporat, SUK Perak.