Selasa, 29 September 2020
 
  • Tarikh Kemaskini: 23 September 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

61 Pegawai Dan Kakitangan Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika memberikan ucapan sempena Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahun 2019

IPOH, 14 Ogos 2020 - 61 Pegawai dan kakitangan di bawah Panel Pembangunan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak diraikan sempena Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang pada tahun ini berbeza dengan anjuran tahun-tahun sebelumnya kerana ia diadakan secara tertutup dan terhad kepada pegawai dan kakitangan di bawah Panel Pembangunan Sumber Manusia Pejabat SUK Perak sahaja susulan pematuhan SOP PKPP bagi membendung penularan Covid-19.

Dalam ucapan YB Setiausaha Kerajaan, beliau berharap semangat yang ada dalam diri penerima dapat dikekalkan dan menjadikan nilai tanggungjawab sebagai pemangkin kepada pemantapan dalam penyampaian perkhidmatan jabatan.

"Semua penjawat awam terutamanya di negeri Perak haruslah mengekalkan momentum hasil kerja walau apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang.

"Seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar, supaya setiap penjawat awam perlu mengamalkan dan menanamkan dalam diri prinsip “Take Pride dan take Ownership”. Ini bukan bermakna kita bangga diri dengan jawatan kita, tetapi kita bangga dengan amanah yang kita pikul." katanya.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Zulazlan bin Abu Hassan.

Majlis yang sama turut meraikan lima orang pegawai yang bertukar keluar dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

61 Pegawai Dan Kakitangan Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

Puan Nurdina binti Muhammad antara ketua jabatan yang diraikan di majlis tersebut.

61 Pegawai Dan Kakitangan Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat SUK Perak

61 Pegawai Dan Kakitangan Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

Antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 Pejabat SUK Perak

61 Pegawai Dan Kakitangan Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

Antara penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019

Sumber : Korporat, SUK Perak.