Isnin, 18 Disember 2017
 
  • Kemaskini Terakhir:18 Disember 2017
 
lain

KJM 2017 Tingkatkan Ekonomi Domestik

YAB Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi ketika merasmikan KJM 2017 di sini.

IPOH, 25 NOVEMBER 2017 - Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mampu memperluaskan pasaran tempatan sekali gus meningkatkan ekonomi domestik.

Menteri KPDNKK, YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin berkata, karnival itu melibatkan 70 pemamer dengan hampir 250 gerai pameran terdiri daripada jenama terkemuka dalam pelbagai sektor antaranya peruncitan, syarikat minyak dan gas, pakaian, buku, makanan dan minuman serta gajet.

"Alhamdulillah gabungan itu membuktikan kerajaan selama ini bukan sahaja membangunkan negara malah memberikan segala keperluan yang dikehendaki rakyat keseluruhannya," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian KJM 2017, di Bulatan Amanjaya.

Majlis perasmian itu juga telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi.

Beliau berkata, KJM 2017 dengan kerjasama wakil komuniti trak makanan di seluruh negara turut mengadakan Festival Food Truck Malaysia (FFTM) 2017 di lokasi sama.

"Komuniti itu juga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai konvoi trak makanan terbesar dan terpanjang. Sebanyak 100 trak makanan menyertai konvoi sejauh 130 kilometer yang bermula dari Tanjung Malim," katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, lebih 100 kereta pelbagai jenama turut terjual pada karnival yang berlangsung selama lima hari bermula 22 November lalu.

"Semasa melawat tapak karnival saya diberitahu bahawa Bank Rakyat menyediakan pinjaman pembelian kereta kepada pembeli," katanya.

Pelbagai acara menarik disusun pada karnival itu antaranya forum perdana, ceramah kecergasan, bicara usahawan dan konsert daripada artis terkenal tanah air termasuk Datuk Nash Lefthanded, Black Hanifah, Wany Hasrita dan Dayang Nurfaizah.

KJM 2017 Tingkatkan Ekonomi Domestik

YB Dato' Seri Hamzah Bin Zainuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima dalam KJM 2017.

<KJM 2017 Tingkatkan Ekonomi Domestik

YAB Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam KJM 2017.

KJM 2017 Tingkatkan Ekonomi Domestik

Pengusaha Restoran Nasi Ayam Merah turut menerima pengiktirafan dalam KJM 2017.

KJM 2017 Tingkatkan Ekonomi Domestik

Antara sekolah yang turut menerima pengiktirafan dalam KJM 2017.

KJM 2017 Tingkatkan Ekonomi Domestik

Antara pemenang yang menerima hadiah daripada YAB Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi.

Sumber : Korporat, SUK Perak.