Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan : 23 November 2018

YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham ketika sidang media berkaitan persidangan DUN Perak kali ke-14 yang bermula 27 November hingga 5 Disember depan.
IPOH, 23 NOVEMBER 2018 - Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 akan diadakan pada 27 November hingga 5 Disember ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata, persidangan DUN pada kali ini turut memberi fokus terhadap pembentangan Belanjawan 2019 di peringkat negeri.
"Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain agenda, enakmen yang hendak diluluskan dan usul-usul yang akan dibawa pada persidangan tersebut," ujar beliau pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Selain itu, beliau berkata, pada sidang DUN kali ini juga ketua pembangkang akan diberi tambahan masa satu jam untuk sesi penggulungan.
Menurut beliau, langkah ini bertujuan untuk memartabatkan lagi peranan pembangkang selaku pemantau kepada urus tadbir kerajaan negeri.
"Sebelum ini hanya satu jam tempoh masa diberikan kepada ketua pembangkang untuk sesi perbahasan semasa persidangan.
"Namun pada kali ini, tambahan masa satu jam lagi diberikan kepada ketua pembangkang untuk beliau membuat penggulungan, kritikan atau pandangan terhadap jawapan yang diberikan oleh Exco dan sebelum Menteri Besar membuat penggulungan," kata beliau.
|
|
YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan pas media kepada wakil Sinar Harian. |
|
|
YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan pas media kepada wakil Radio Televisyen Malaysia (RTM). |
|
|
YB Dato' Ngeh Koo Ham ketika berucap pada sidang media berkaitan Persidangan DUN Perak kali ke-14 yang bakal berlangsung selama enam hari bermula 27 November ini. |
|
|
YB Spekaer DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham ketika berucap dalam sidang media yang berlangsung. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.