Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar : 8 Februari 2019

YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman ketika menyampaikan ucapan beliau dalam taklimat berkenaan.
IPOH, 8 FEBRUARI 2019- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman meminta semua penjawat awam negeri supaya memberi tumpuan terhadap lima amanat utama yang diutarakan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.
Lima amanat yang diutarakan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu merangkumi Meningkatkan Hasil Kerajaan Negeri, Memperkasa Sistem Penyampaian, Memudahkan Akses Rakyat Kepada Kerajaan, Inisiatif Kerajaan Digital Dan Memulihkan Syarikat GLC Negeri.
Beliau berkata, perkara itu ditekankan kerana ke semua amanat itu mempunyai nilai tambah selain berupaya untuk membantu penjawat awam negeri untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.
“Kelima-lima amanat yang telah diucapkan YAB Menteri Besar baru-baru ini perlu diberikan fokus kepada kita semua. Jika diteliti ia merangkumi pelbagai perkara terutama membabitkan hubungan secara terus dengan rakyat.
“Apa yang membuatkan saya ulang kembali lima amanat ini adalah kerana kami juga sebenarnya sedang dalam proses untuk mengedarkannya kepada semua jabatan,†ujar beliau.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat oleh Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Berhubung Struktur Organisasi Kementerian/Jabatan dan Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Hadir sama YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Rohana Binti Abd Malek, Timbalan Setiausaha Kerajaan (pengurusan), Puan Nor sham Binti Rahman dan YBhg Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam, Tuan Azman Bin Mohd Yusof.
|
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersalaman dengan pegawai tinggi kerajaan yang turut hadir pada taklimat berkenaan. |
|
|
Antara penjawat awam yang hadir dalam taklimat berkenaan. |
|
|
Para penjawat awam yang hadir tekun mendengar taklimat yang disampaikan YBhg Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Tuan Azman Bin Mohd Yusof. |
|
|
YBhg Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Tuan Azman Bin Mohd Yusof ketika memberikan taklimat kepada para penjawat awam yang hadir. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.