DYMM Raja Permaisuri Perak Sempurnakan Majlis Perasmian Kids Athlethics Perak 2019 : 26 Jun 2019

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim berkenan berucap pada majlis tertutup tersebut.
IPOH, 26 JUN 2019 - DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Kids' Athletics peringkat Negeri Perak 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah di Ulu Kinta.
Baginda turut berkenan menyaksikan persembahan erobik dan acara sukan yang dipertandingkan.
Ketibaan baginda diiringi Penaung Kids' Athletics Negeri Perak, YAM Raja Dato’ Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi.
Hadir sama, Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Perak, Encik T Kuna Cegeram.
Kejohanan kali kedua ini melibatkan 132 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang mewakili 11 daerah.
Acara sukan yang dipertandingkan adalah ‘sprint hurdle shuttle relay’, ‘formula one', ‘endurance race’, ‘forwards squat jumps’, 'cross hop’, ‘javelin throw’ dan ‘knee throw’.
Semua acara dipertandingkan berasaskan pergerakan yang melibatkan larian, lompatan dan balingan.
Dalam ucapannya, Encik T Kuna Cegeram berkata, Kids' Athletics menjadi satu daripada program pembangunan akar umbi terbesar yang dilaksanakan di seluruh negara bagi mencungkil bakat awal kanak-kanak dalam bidang olahraga.
Menurutnya, ia diperkenalkan dengan konsep yang jelas untuk membawa keseronokan kanak-kanak bermain dalam aktiviti asas mereka lakukan seperti melompat, berlari dan melontar," katanya.
"Dengan adanya kejohanan Kids' Athletics ini, kanak-kanak diterapkan dengan gaya hidup sihat dan dapat meneroka potensi diri menerusi pertandingan secara sihat.
Pasukan dari daerah Kinta Utara muncul juara keseluruhan kejohanan diikuti Kerian dan Larut Matang Selama di tempat ketiga.
![]() |
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim ketika tiba pada kejohanan yang berlangsung. |
![]() |
DYMM Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim bersama tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut. |
![]() |
Para pelajar melakukan regangan sebelum acara berlangsung. |
![]() |
Salah seorang pelajar yang beraksi dalam acara sprint hurdle shuttle relay. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.