DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Pertandingan Pidato Diraja 2019 : 24 Ogos 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada johan pidato kategori Bahasa Inggeris T. Daksheshkaran ketika Pertandingan Akhir Pidato Diraja.
IPOH, 24 OGOS 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Program Tahunan Menyemai Semangat 'Kesetiaan Kepada Raja' Pertandingan Akhir Pidato Diraja di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Chai.
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.
Hadir sama YAB Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin binti Dato' Mohamed Radzi.
Program anjuran Pejabat DYMM Sultan Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak itu turut meliputi pertandingan menulis esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mencipta puisi (sajak), melukis karikatur dan melukis poster.
Pertandingan Pidato Diraja Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini bertujuan menimbulkan kefahaman secara menyeluruh mengenai peranan institusi diraja di negara ini.
Pertandingan itu dilaksanakan di setiap zon sejak April lalu dan hanya enam pemidato terbaik Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris kategori menengah atas bertanding di peringkat akhir malam ini.
Puteri Nur Irwani Husna binti Amin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 4, Gerik muncul juara pidato bagi kategori sekolah menengah atas Bahasa Melayu, manakala T. Daksheshkaran dari SMK Methodist (ACS) Ipoh dinobatkan juara bagi kategori sekolah menengah atas Bahasa Inggeris.
Juara pidato menerima wang tunai sebanyak RM750, piala iringan serta sijil penghargaan.
Hadiah disampaikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
![]() |
Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada Program Tahunan Menyemai Semangat 'Kesetiaan Kepada Raja' Perandingan Akhir Pidato Diraja di SJKC Sam Chai. |
![]() |
DYMM Sultan Nazrin Shah berkenan menyaksikan persembahan Rebana Cina sempena Program Tahunan Menyemai Semangat 'Kesetiaan Kepada Raja' Pertandingan Akhir Pidato Diraja. |
![]() |
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat galeri lukisan selepas menyaksikan Pertandingan Akhir Pidato Diraja. |
![]() |
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama para pemenang Pertandingan Akhir Pidato Diraja sempena Program Tahunan Menyemai Semangat 'Kesetiaan Kepada Raja'. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.