Komuniti Sebagai Game Changer TPM : 23 November 2019

YB Puan Hannah Yeoh menyempurnakan gimik perasmian PSR Peringkat Negeri Perak di Mydin Meru.
IPOH, 23 NOVEMBER 2019 - Komuniti berupaya menjadi game changer serta agen perubahan masyarakat sekiranya diberikan panduan dan latihan yang sistematik, kata YAB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.
YAB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kelauarga dan Masyarakat berkata selain itu komuniti yang bertanggungjawab juga dapat membantu kerajaan menangani isu setempat seperti masalah kebajikan dan sosial.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendokong konsep Pendekatan Berasaskan Komuniti sebagai satu kaedah untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan kualiti kehidupan katanya.
Teks ucapan YAB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibacakan oleh YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa Majlis Perasmian Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Perak di Mydin Meru Raya, Ipoh.
Turut hadir adalah YB Wong May Ing, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan YBrs. Puan Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak
Mengenai PSR, program ini merupakan penghubung antara masyarakat khususnya golongan yang memerlukan dengan pelbagai agensi kerajaan, sektor korporat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat.
PSR di Ipoh merupakan kesinambungan daripada beberapa siri PSR yang dilaksanakan bermula tahun 2018 di Selangor, seterusnya pada tahun 2019 di Johor, Pahang, Sarawak, Kedah dan Melaka serta diharapkan akan diteruskan pada masa akan dating.
YB Puan Hannah Yeoh turut berkesempatan mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri bagi merasmikan Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Anjung Kasih ditubuhkan sebagai tempat menginap bagi ahli keluarga atau pengiring pesakit di hospital terpilih telah memberi manfaat kepada 4,108 kumpulan sasar di Perak sejak ia mula beroperasi pada tahun 2015 sehingga sekarang dengan kapasiti 35 buah katil.
Di samping itu, YKN juga turut menubuhkan Anjung Singgah, tempat penginapan sementara untuk gelandangan yang mana di Perak telah memberi manfaat kepada 407 gelandangan melalui proses intervansi dan kaunseling yang disediakan sejak tahun 2017 sehingga sekarang.
Terdahulu, 20,000 orang telah menyertai Larian Oren di 13 lokasi di seluruh negara dan Larian Oren Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, ipoh.
Program Larian Oren yang diurusetiakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) diadakan sempena sambutan International Day For The Elimination of Violence Against Women yang disambut pada 25 November 2019.
![]() |
YB Wong May Ing bergambar bersama para peserta sebelum pelepasa Larian Oren. |
![]() |
YB Puan Hannah Yeoh bergambar bersama para pengunjung setelah majlis perasmian. |
![]() |
YB Puan Hannah Yeoh berkesempatan mengunjungi kaunter semakan saman trafik semasa PSR berlangsung. |
![]() |
YB Wong May Ing ketika menyempurnakan perasmian Larian Oren Peringkat Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.