Penjawat Awam Di Negeri Perak Diminta Mengisi Banci 2020 Melalui e-Cencus. : 13 Julai 2020

Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Puan Rafliza binti Ramli menyampaikan poskad Banci 2020 kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
IPOH, 13 Julai 2020 - Semua penjawat awam di negeri Perak diminta mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2020 (BANCI 2020) melalui kaedah e-Cencus yang telah dibuka mulai 7 Julai 2020 sehingga 30 September 2020.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkata, sejumlah 13,313 orang penjawat awam di agensi Kerajaan Negeri yang telah diisi sehingga hari ini.
Menurut beliau lagi, penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada anggota keselamatan seperti polis dan tentera, anggota kesihatan serta warga pendidik merupakan antara penjawat awam paling ramai di negeri ini.
“Justeru, sekiranya penjawat awam ini bersama-sama dengan penjawat awam negeri mengisi e-Census, maka peratus pengisian melalui kaedah tersebut dapat dimaksimakan dalam banci fasa pertama ini,†ujar beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Sesi Pembentangan Banci  2020 di Negeri Perak oleh Jabatan Perangkaan Negeri Perak.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Puan Nor Sham binti Rahman dan YBrs. Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Puan Rafliza binti Ramli.
Dalam masa yang sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkata, Dapatan banci yang komprehensif merangkumi keperluan input pemantauan Agenda Pembangunan Mapan 2030.
“Antaranya berkaitan pembasmian kemiskinan, kesamarataan dan kelestarian alam sekitar yang menjadi sumber utama dalam penyediaan rancangan pembangunan negeri khususnya meliputi sosial ekonomi dan pelbagai bidang utama lain untuk menjadi negeri Perak yang lebih berdaya saing,†tambahnya.
Menurut YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, dianggarkan sebanyak 778 ribu tempat kediaman akan diliputi semasa Banci 2020 di negeri Perak yang melibatkan hampir 2.6 juta penduduk.
Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Banci 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia turut menyediakan talian hotline Banci 1-800-88-7720 iaitu talian utama bagi seluruh rakyat Malaysia manakala talian hotline Banci bagi penduduk negeri Perak ialah 1-800-88-5032. Warga negeri Perak juga boleh melayari portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media social @MyCensus2020.
![]() |
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin |
![]() |
YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Zulazlan bin Abu Hassan |
![]() |
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Puan Nor Sham binti Rahman |
Sumber : Korporat, SUK Perak.




Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.