Skip to main content

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ke Pejabat SUK Perak. : 11 September 2020

Kunjungan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman (KPPA).

IPOH, 11 September 2020 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, sebentar tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Hadir sama menyambut ketibaan, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan; Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Dato’ Mohd Fariz bin Mohd Hanip.

Sumber : Korporat, SUK Perak.
FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.