Skip to main content

Mesyuarat MBJ 3/2020 & Lawatan Mesra MBJ Pejabat Setiausaha Negeri Perak Bersama MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.: 3 Okt 2020

Ahli mesyuarat MBJ bergambar bersama di Wisma Darul Iman

3 OKT 2020 - Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bilangan 3/2020 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah diadakan pada 3 Oktober 2020 bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 22 orang ahli mesyuarat terdiri daripada 8 orang pegawai yang mewakili pihak majikan/pengurusan Pejabat SUK Perak dan 13 pegawai daripada pihak pekerja mewakil skim dan gred masing-masing.

Pada hari berikutnya, ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan mesra MBJ ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Lawatan ini bertujuan bertukar-tukar maklumat dan pendapat serta dibawa melawat ke bahagian-bahagian di Pejabat SUK Terengganu.

Sumber : Korporat, SUK Perak.
FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.