PKP: Solat Jumaat Ikut SOP Di Bangunan Perak Darul Ridzuan.: 29 Januari 2021.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut hadir bagi menunaikan ibadah solat Jumaat di Surau Utama, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
IPOH, 29 Januari 2021- Ibadah solat Jumaat hari ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang ditetapkan.
Seramai 40 orang jemaah dimaksimumkan untuk hadir ke Solat Jumaat tersebut dan kesemua jemaah perlu mematuhi semua peraturan seperti saringan suhu badan, mengisi borang maklumat diri dan sebagainya.
Turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
Solat Jumaat tersebut dilakukan di Surau Utama Bangunan Perak Darul Ridzuan dan telah diimamkan oleh Imam Utama Masjid Negeri, Tuan Tun Ihsan bin Abdul Karim.
Pada perkembangan sama, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat.
Kebenaran itu termasuk surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, kolej, sekolah dan kilang-kilang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Aktiviti keagamaan seperti kuliah juga dibenarkan dalam tempoh waktu solat Maghrib dan Isyak di masjid dan surau.
Bagaimanapun, sebarang acara jamuan di dalam atau perkarangan masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Ketetapan tersebut terpakai dan berkuat kuasa pada 28 Januari 2021 sehingga ketetapan baharu dikeluarkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.